Meja Kita


Kata-kata bapa tirinya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.  Seperti api membakar hati  mudanya.

Aku tahulah, aku ni anak tiri dia je! Dia ingat, dia ada pangkat Dato’, aku takut?! Arwah papa aku pun dulu Dato’! Hakeem bermonolog sendirian. Ilmu yang disampaikan oleh Cik Aida bagi subjek Sejarah langsung tidak melekat di hatinya.

“Hakeem…” namun, tiada jawapan.
“Hakeem…” sekali lagi tidak dijawab. Cik Aida mula berang akan sikap pelajarnya yang bermasalah ini. Kadang- kadang, dia juga bingung. Bagaimana pelajar yang bermasalah seperti Hakeem ini menjadi antara pelajar yang berada di kelas 4 Sains 1? Namun begitu, persoalannya tidak dijawab.

“Muhammad Hakeen bin Dato’ Ismail!” suara Cik Aida sudah meninggi.
 “Apa?!” dalam  keadaan separuh sedar dia  menjawab dengan kasar. Seketika kemudian, dia memandang ke hadapan dan segera berdiri.

“S… Saya minta maaf, cikgu. Saya…” belum sempat Hakeem menghabiskan ayat tersebut, gurunya terus memintas,

“Kenapa dengan kamu? Tak cukup lagikah berulang alik masuk dalam bilik pengetua?! Kamu kena ingat sikitlah, kamu tu pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah dan di kelas 4 Sains 1,” kata Cik Aida. Sengaja beliau tekankan ‘4 Sains 1’ itu. Hakeem hanya menundukkan kepalanya.

HAKEEM duduk termenung di kelasnya seorang diri. Kini, merupakan waktu subjek Biologi sebelum tamat sesi persekolahan. Namun, seperti biasa Hakeem akan ponteng kelas tersebut. Bosan, katanya. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Baru dia perasan, kelasnya peroleh meja baharu. Sangat beruntung tetapi lantai yang berdebu itu diserikan lagi dengan taburan sampah serta gumpalan kertas telah mencacatkan.
Biarlah! Nanti budak 2 Amal bersihkanlah kelas ni, bisik hatinya. Dia mengeluarkan pen dari kotak pensel lalu menconteng mejanya,

-Aku menyampah dengan bapak tiri aku yang gila kuasa tu! Kerja dia, salahkan aku. Memang aku akan buat hal di sekolah nanti! Biar dia malu!- (2 mac 2011)

Hakeem tersenyum sinis. Dia menyandang begnya dan terus beredar untuk pulang walaupun sesi persekolahan belum berakhir.  Dia berjalan dengan pantas dan tidak berhati- hati. Oleh itu, ‘kemalangan pejalan kaki’ berlaku.

            “Woi, butakah?! Macam takda mata” kata-kata kesat terhambur dari bibir Hakeem. Tersedar bahawa dia sedang memaki perempuan dan mungkinnya pelajar sesi petang, dia segera beredar. Rasa bersalah mulai menyelubungi dadanya.
            “Saya minta maaf, senior.” Itu sahaja yang mampu dilafazkan oleh Raihana. Sepatah perkataan pun tidak didengari Hakeem. Mungkin, dia tergesa-gesa. Raihana cuba berfikiran positif
KEADAAN kelas yang riuh rendah itu langsung tidak mengganggu konsentrasi beberapa pelajar yang sedang  menelaah pelajaran.

            “Baru saya perasan sesuatu, kita dapat meja baharulah!” kata Raihana, teruja. Aisyah melihat semua meja di dalam kelasnya. Memang betul!
            “Untunglah kita.” Mereka sama-sama tersenyum. Sejurus kemudian, mata Raihana terpandang tulisan di atas meja baharunya. Rasa tidak puas hati mula terbit dalam hatinya.
            “Aisyah, lihatlah ini. Ada makhluk Allah yang ‘mencacatkan’ meja baharu saya,”  kata Raihana lalu mencebik. Aisyah hanya mengukir senyuman lalu menyambung semula bacaannya yang tergendala tadi. Tergerak hatinya untuk membaca coretan di meja tersebut. Dia agak terkejut dengan kata-kata kesat itu dan bercadang untuk membalas,

-saya minta maaf kerana masuk campur. Awak tidak boleh kata begitu. Walaupun dia Cuma bapa tiri, kene juga hormat  ye?– (2 Mac 2011)

“Awak pun conteng ye? Mari saya geletek awak!” Mereka berdua juga turut serta membuat bising.

HARI ini, kau nak ikut kami ponteng sekolah?” tanya Khairi lalu menepuk bahu Hakeem yang sedang hanyut dalam masalahnya. Hakeem memandang kosong ke arah tiga sahabatnya lalu menggeleng. Ketiga- tiga pemuda itu amat terkejut akan jawapan Hakeem itu. Mereka segera beredar dari situ.
           
            Hakeem memandang perkataan yang dicoretkannya di atas meja semalam. Dahinya berkerut membaca jawapan yang ditulis di bawah kata-katanya. Anginnya datang tanpa diundang.

            -Kau siapa?! Apa masalah kau nak masuk campur? Kau bukan kenal aku!- (3 Mac 2011)-
           
“Hakeem, ikut aku pergi library. Aku nak pinjam buku sekejap.” Arif menyimpan notanya lalu bangkit dari kerusi. Hakeem hanya mengekori sambil melihat coretan tadi. Siapa agaknya yang berani sangat ni? Tunggulah esok, Hakeem bermonolog.

TEPAT jam satu petang, semua pelajar sesi petang bepusu-pusu menaiki tangga ke kelas masing-masing. Mereka seharusnya membiarkan pelajar sesi pagi turun bagi mengelakkan kemalangan.

Seperti pelajar sesi petang yang lain, Raihana juga turut ‘bersaing’ untuk ke kelas. Perkara pertama yang hendak dilakukannya ialah membaca coretan yang dibalas oleh pelajar sesi pagi tersebut. Raihana mengeluarkan pensel dari kotak penselnya lalu menulis sesuatu,

–saya minta maaf sekali lagi. Saya tidak berhak masuk campur tetapi, menjadi tanggungjawab sebagai anak hormat  parents kita.- (3 mac 2011)

Raihana senyum sendirian. Mungkin orang itu masih tidak dapat menerima bapanya dengan baik. Biasalah itu. Tiada manusia yang sempurna, kata Raihana lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Miss Tan sudah tiba di kelas 2 Amal untuk mengajar subjek matematik.

Selamat Pagi, cikgu,” ucap pelajar 4S1. Hakeem menggenyeh matanya. Terasa begitu mengantuk sekali. Jarum jam menunjukkan tepat pada 8.00 pagi. Bilalah hendak rehat? Oh ya, jawapan!
Hakeem terus mencari jawapan pelajar sesi petang tersebut. Hatinya mulai sebak membaca jawapan yang tertulis. Dia lupa. Ya, dia memang lupa! Lupa tentang mengohormati ibu bapa.  Hakeem jadi malu dengan dirinya sendiri.


-terima kasih. I never thought u will say this. Saya ingat, awak akan maki saya semula. Terima kasih ye budak, sebab ingatkan saya semula tentang menghormati ibu bapa. By the way, siapa nama?- (4 mac 2011)

HAMPIR dua bulan Raihana dan Hakeem berkawan. Namun, tidak pernah bertemu atau berbicara. Yang menjadi tempat mereka berhubung ialah, meja. Mereka berdua juga tidak memberitahu identiti sebenar mereka termasuklah nama mereka. Raihana hanya dikenali sebagai Ana manakal Hakeem pula digelar Keem. Hal ini lebih menyukarkan mereka untuk bertemu.

Raihana meneguk air mineral setelah penat berjalan dari surau mengerjakan solat Asar. Dia membaca coretan Keem (Hakeem),

-ana, Keem ingat nak jumpa Ana. Ana duduk diam-diam di tempat Ana. Keem akan ke kelas Ana. 6 petang tepat! Ingat tau, Ana.- (13 Mei 2011) Baju hitam

            Raihana tersenyum membacanya. Namun, dia tidak perasan tentang ‘baju hitam’ itu kerana tulisannya kecil. Hari inilah, desisnya. Sekarang pukul 5.25 petang, masih ada…

            “Raihana, Puan Zuraidah mahu jumpa kamu di bilik guru untuk isi borang,” terang  Thulasi, ketua kelas 2 Amal lalu pulang ke tempat duduknya. Raihana agak berat hati untuk pergi. Tetapi, dia tetap mengatur langkah ke bilik guru segera.

            “Amboi, rajinnya kau belajar mak cik Aisyah oi!” kata Rina lalu duduk  bersebelah Aisyah di kerusi Raihana.
            “Weh, jomlah gosip! Aku bosan ni. Kau asyik mengadap buku je,” rungut Rina lagi. Aisyah hanya memekakkan telinga. Dan kemudian, Rina menarik pen yang sedang dipegangnya. Aisyah tersentak dan memandang Rina seolah-olah ingin membahamnya.
“Aku ni, bukan pandai macam kau, Rina. Kenalah belajar.” Aisyah mengawal perasaannya.
“Well, Rina kan. Biasalah tu!” Rina sudah riak. Aisyah semakin meluat dan membiarkan Rina seorang diri di situ. Rina melihat meja Raihana yang penuh dengan tulisan. Tulisan tersebut menarik minat Rina membacanya.

Rina agak terkejut membaca coretan meja antara Ana dan Keem. Rina tidak puas hati dan berasa cemburu. Dia meminta kebenaran guru, kononnya hendak ke tandas.

SENYUMAN manis daripada Raihana dibalas dengan jelingan tajam Rina.
Menurut kakak senior, Keem itu nama sebenarnya Hakeem. Merupakan top student tapi gangster. Dia juga atlet sekolah. Dia handsome! Rina sudah mulai membayangkan wajah Hakeem yang dimaksudkan.

            “Raihana, boleh tak kau duduk belakang? aku nak duduk sini sampai puku 6.15 petang je. Boleh lah ye?” Raihana tersentak mendengar permintaan Rina.
            “Tak bolehlah. Saya… saya ada kerja belum siap lagi,” kata Raihana lembut walaupun berbohong. Rina sudah berang,
            “Sampai pukul 6.15 jelah, bodoh!” Rina terus duduk di situ.
            “okey, duduklah.” Raihana hanya tertunduk.

Tepat jam 6 petang, tiga orang pelajar sesi pagi mengetuk pintu kelas 2 Amal. Raihana melihat ketiga- tiga orang lelaki tersebut.
Yang mana satu? Yang India itu, mustahil! Ada dua orang pelajar lelaki Melayu. Seorang berbaju hitam dan seorang lagi berbaju hijau?

Hakeem menjenguk gadis manakah yang berkongsi tempat duduk dengannya? Lututnya lemah, badannya menggeletar apabila melihat Rina. Adakah, itu gadisnya? Tidak! Mustahil! Hakeem enggan menerima kenyataan tersebut. Rina?! Gadis tingkatan dua yang sering ‘cari pasal’ dengan senior-senior. Aku tak percaya, Hakeem memberontak.
“Arif, aku pergi dulu. Kau boraklah dengan cikgu.” Hakeem terus pergi dengan hati yang berkecamuk.

RAIHANA menghitung hari yang berlalu. Jika dihitung, sudah tiga minggu Hakeem tidak membalas coretannya di atas meja.

“Raihana, jom temankan saya pergi beli makanan sebentar.” Aisyah menarik tangan Raihana yang seolah- olah seperti baru kehilangan wang bernilai sejuta! Raihana menggeleng. Dia teringat bahawa hari ini gilirannya membersihkan kelas.

Selepas meminta kebenaran Seung Joon, pengawas yang menjaga di tangga blok tingkatan dua itu, dia terus mendaki anak tangga menuju ke kelas 2 Amal. Raihana menghela nafas kelegaan. Tiada orang di kelas, hanya seorang lelaki. Tapi, dia duduk tempat aku, Raihana bermonolog.

“Minta maaf ye, senior. Saya nak bersihkan kelas,” kata Raihana dengan sopan. Raihana meletakkan begnya berhadapan dengan lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya tersenyum.
“Senior buat apa seorang diri di sini?” Raihana mengambil penyapu di belakang kelas. Dia menanti jawapan daripada lelaki tersebut.
“Ponteng kelas. Kelas biologi tu boring gila!” jawabnya ringkas lalu tertawa kecil. Raihana mengukir senyuman sahaja.
“Senior mesti panaskan?tu sebab senior duduk di situ. Itu tempat saya.” Raihana ketawa kecil sambil membetulkan susunan meja yang kurang teratur. Lelaki itu tersentak. Dia memandang Raihana yang  leka menyapu.
“Ini… Ini tempat awak?” tanya lelaki tersebut, memandang tepat ke arah Raihana. Raihana mengahadiahkan sebuah senyuman lantas mengangguk. Dia meneruskan kerjanya.
“Ana...” mendengar panggilan tersebut, serta merta dia mengangkat wajahnya. Agak terkejut. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
“M…Macam mana senior tahu nama panggilan saya?” Lelaki tersebut menghadiahkan senyuman.
“Saya Hakeem. Keem, kawan meja awak.” Mereka hanya berbalas senyuman.

No comments:

Post a Comment