Episod 1
Senyuman manis Hairi lemparkan kepada seorang wanita yang lewat 20an itu. Aduhai, cair aku! Kata wanita tersebut yang merupakan pengacara bagi rancangan ‘Awesome People’ di tv3. Dia membalas senyuman Hairi.
“Baiklah tuan tuan dan puan puan yang berada di studio. Oh ye, lupa pulak saya. Dan cik cik yang berada di studio. Saya nak tanya, Siapa yang tak kenal Hairi Mansur dekat sini, angkat kaki.” Sarah, pengacara rancangan tersebut mula berceloteh. Semua yang berada di studio itu pun ketawa terkekek- kekek.
“Hakikatnya, tiada seorang pun yang tak kenal Encik Hairi dekat sini,” kata Sarah. Hairi hanya mampu mengukir senyuman. Tidak mahu mengulas apa-apa.
“Encik Hairi merupakan seorang ahli perniagaan yang semakin shining shining namanya di seluruh dunia. Sudikah Encik Hairi berkongsi cerita tentang hidup Encik Hairi dengan kami semua?” kata kata Sarah itu seolah olah nak melamar Hairi dan para tetamu yang hadir turut ketawa.
“Cik Sarah ni, romantik betul ye. Macam nak melamar saya pula dah. Malu saya dibuatnya.” Giliran Hairi pula yang berjenaka.
“Hidup saya ye? Kalau saya kata, dulu, saya seorang pencuri. Tuan dan puan yang berada di studio ni semua percaya tak?” sambung Hairi. Studio yang tadinya galak dengan suara orang ketawa, terus sepi.
“B… Biar betul Encik Hairi? Baiklah, saya susah nak percaya.”
“Studio terus senyap bila saya kata, dulu saya pencuri. Hahaha.” Hairi tergelak kecik melihat gelagat para hadirin yang ada di studio ini. Hairi menghela nafasnya.
“Dulu, kehidupan saya susah. Ibu saya dah meninggal dunia sejak saya berusia 8 tahun lagi. Dan ayah saya pula langsung tak pedulikan saya. Dia sibuk dengan dunia dia. Adakah saya makan, minum, tidur atau tak, dia mana peduli. Tapi, dia seorang yang memahami. Perangai dia berubah mendadak macam tu sebab tak boleh terima kematian ibu saya.” Hairi menundukkan sedikit wajahnya.
“Jadi Encik Hairi, bagaimana Encik Hairi teruskan hidup yang sukar itu?”
Hairi tersenyum, “Saya terpaksa mencuri. Saya mula menjadi pencuri profesional sejak berumur 10 tahun lagi. Saya mencuri disebabkan tak ada orang pun yang nak ambil saya bekerja dengan
mereka. Saya sanggup mencuci tandas atau basuh pinggan. Tapi, mereka tetap tak mahukan pekerja yang terlalu muda. Sehinggalah suatu hari, seorang wanita yang baik hati sanggup nak jaga saya. Dia seorang janda yang tak ada anak. Dia jaga saya macam anaknya sendiri. Dunia dia, ialah dunia saya.”
Ada juga hadirin yang mengalirkan air mata mendengar kisah Hairi itu. Menyentuh hati mereka barangkali.
“Alhamdulillah. Ada juga orang yang sangat baik hati seperti ibu Encik Hairi tu ye. Baiklah! Saya ada soalan cepumas untuk Encik Hairi.” Sarah mencatat sesuatu di buku nota kecilnya. Hairi mula gementar dengan soalan cepumas cepumas ini semua.
Dia teringat semula waktu di Jepun, pernah disoal oleh seorang wartawan tentang hubungan sulitnya dengan seorang artis tempatan mereka. Debushhhhh! Wartawan itu telah makan penumpuk yang sangat mengenyangkan.
“Jadi Encik Hairi. Encik merupakan seorang yang berjaya dan berkarisma. Tentunya gadis- gadis di luar sana terpikat dengan kerjaya dan paras rupa Encik Hairi. So, dah ada pilihan hati ke?” Sarah mengangkat- angkatkan keningnya. Para tetamu pula bersorak.
Hairi menghembus nafas lega. Sekurang- kurangnya, diorang tanya pasal perempuan yang aku suka daripada skandal skandal yang tak betul tu. Fuhhh, nasib baik. Hairi bermonolog sendiri.
“Secara jujur. Saya memang dah ada pilihan hati.”
“Alaaaaa.” Terdengar keluhan segelintir hadirin.
“Encik Hairi kongsikanlah kepada kami juga tentang perempuan yang bertuah tu.” Sarah ingin tahu juga!
Hairi tersenyum.
...................................................................................................................
No comments:
Post a Comment