Stolen Heart (2)

Episod 2
10 tahun lalu…

Tangannya menggenggam erat bungkusan makanan tersebut. Hairi berlari sepantas yang mungkin. Tidak menoleh ke belakang langsung. Kedengaran beberapa orang lelaki berteriak sambil mengejarnya.

            “Woi, budak kecik! Bagi balik makanan kedai aku! Tak guna kau, budak!” teriak seorang lelaki lewat 30an yang merupakan tuan kedai runcit yang telah ‘dirompak’ oleh Hairi. Walaupun baru berusia 12 tahun, dia arif tentang selok belok di Bandar Metropolitan ini. Oleh itu, mudahlah untuk dia menyorok dan melepaskan diri.

            “Alamak! Mana budak tadi tu? Korang ada nampak dia tak?”

            “Tak adalah, abang. Penat kitorang kejar budak tu. Laju juga dia lari.,” jawab seorang lagi pemuda.

            “Kau dengan kau! Cari sebelah sana. Kau pula pergi cari dekat setiap kedai. Aku akan cari dia dekat lorong lorong kecil. Dia tak boleh terlepas!” digumpal- gumpalkan penumbuknya yang nampak padat.

            Hairi yang melihat gelagat mereka hanya tersenyum sinis. Sangat bodoh, desisnya. Dia mencabut topeng ultraman-nya dan menukar pakaian. Itulah strateginya untuk mencuri. Hairi sangat terkenal dengan gelaran Pencuri Ultraman.

            Dia makan makanan yang telah dicuri tadi dengan gelojoh. Sejurus kemudian, datang seorang wanita. Merenungnya lalu menyuakan tiga not RM10. Hairi memandang kosong ke arah wanita tersebut. untuk apa?

            Namun, soalan itu tidak dijawab. Wanita itu mengusap kepalanya lalu beredar. Hairi bingung. Senyuman terukir di wajahnya.

            Hari yang berikutnya juga begitu. Boleh dikatakan setiap hari wanita itu datang untuk memberinya wang. Kadang kala itu, membelikannya baju baharu. Hairi semakin mesra dengan wanita itu dan bersetuju untuk dijadikan anak angkat. Wanita baik hati itu bernama Shahrina.

                                                .           .           .           .           .          
           
Walaupun sudah hidup senang, aktiviti mencuri yang merupakan hobi Hairi itu tetap terus dilaksanakan. Kini, dia berusia 14 tahun. Kemahirannya mencuri semakin baik. Ada juga gangster terbesar di ibu kota itu yang menawarkan bayaran lumayan jika dia berjaya mencuri kereta di sebuah kereta mewah. Namun, ditolaknya mentah- mentah. Hairi tidaklah sejahat itu.
           
Seperti biasa, topeng ultraman disarungkan di wajahnya. Dia memandang sekeliling. Kedai Seven Eleven menjadi sasarannya. Dia melihat semula senarai barangan yang hendak dicuri. Ada 11 barang, anggaran bernilai RM 40.

            Orang agak ramai di kedai tersebut memudahkan dirinya untuk mencuri. Dia mengambil satu per satu tanpa ada yang mengesyaki. Hampir selesai. Dia menuju ke pintu keluar.

            “Adik! Adik belum bayar lagi,” laung juruwang di kaunter. Semua orang yang sedang beratur untuk membuat bayaran memandang ke arah Hairi. Dia menoleh memandang juruwang tersebut. Alangkah terkejutnya mereka melihat Pencuri Ultraman tersebut.
Hairi membuat jari ‘peace’ lalu melarikan diri.

Juruwang tersebut sangat panik dan meminta sesiapa sahaja untuk mengejar lelaki tersebut. Hairi menoleh ke belakang.

Alamak, ramainya yang kejar aku. Kenapa ramai sangat?! Aku kena tukar jalan!

Hairi terpaksa memasuki laluan yang sempit dan kotor. Dia menyorok di situ. Tercungap- cungap dibuatnya.

            “Fuhh! Nasib baiklah. Hahaha! Yes! Aku berjaya. Semua kedai runcit aku dah rompak! Yahoooooooo!” Hairi melonjak kegembiraan.

            Tiba-tiba, terdengar derapan tapak kaki menghampiri. Hairi jadi saspen. Jantungnya berdegup hebat. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat itu. Perlahan- lahan dia menoleh.

Seorang budak perempuan yang berbaju pinafore biru gelap berdiri tegak di situ. Hairi mengukir senyuman sambil menyapu peluh di dahinya. Budak perempuan itu hanya merenung Hairi tanpa sebarang reaksi.

“Hai. Baru balik sekolah ye? Apa adik buat dekat sini? Tempat ni bahaya tau adik,” kata Hairi lalu mengusap kepala budak perempuan tersebut sambil tersenyum. Hairi sempat membaca tag namanya.

“Hai, Aliya. Nama abang,  Hairi. Awak darjah ber…”

“Woi! Dia ada dekat sini!” teriak seorang pemuda. Hairi mengeluh.

“Sorry. Lain kali, kita borak lagi ok? Abang kene pergi sekarang. Nah!” Hairi mengusap kepala Aliya sekali lagi dan terus beredar. Aliya memandang Hairi sehingga hilang kelibatnya. Dia merenung plastik yang diberikan oleh Hairi. Abang tu, mencuri ke?

“Mana budak tu?!”

“Tadi, aku nampak dia dekat sini. Ahha! Adik, adik ada nampak sorang  budak laki yang pakai topeng ultraman tak?”

Aliya memandang pemuda tersebut lalu menyuakannya beg plastik tersebut dan terus beredar. Pemuda itu termangu seketika.

“Dah! Aku dah jumpa barang yang dia curi!”

                                                            .           .           .           .           .          

MAKAN malan sudah tersedia di atas meja. Sedap belaka. Hairi menunggu ibunya yang sedang menyediakan pencuci mulut.

            “Sedap gila, ibu!” kata Hairi dengan sikap keanak- anakannya. Puan Shahrina mengukir senyuman kepada anak kesayangannya itu.
           
            “Baca doa,” balas ibunya lalu menadah tangan. Hairi membaca doa lalu menikmati hidangan yang ada.

            “Hairi…” Hairi memandang ibunya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Puan Shahrina tertunduk. Berat hati untuk menyampaikan hasratnya itu. Hairi menunggu bicara ibunya.

            “Ibu rasa, kita kena pindah. Ibu ada kontrak 4 tahun dekat Australia.” Hairi terdiam.
           
“Ibu nak Hairi ikut sekali. Hairi boleh sambung belajar dekat sana,” cadang Puan Shahrina. Hairi masih terdiam. Merenung ibunya. Dia bangun lalu beralih tempat duduk ke sebelah ibunya. Dia menggenggam tangan wanita lewat 30an itu erat.

“Ibu, Hairi tak kisah kalau Ibu nak pindah mana pun. Hairi tetap akan ikut Ibu. Ibu yang bagi Hairi makan, minum, duit. Semualah! Ibu nak pindah, itu keputusan Ibu.”

Mendengar kata- kata si anak, tersentuh hatinya. Dia menyeka air matanya lalu memeluk erat Hairi.
           
            “Jangan nangis, ibu! Nanti, air mata habis macam mana?” Hairi berjenaka. Ibunya tergelak kecil. Hairi gembira melihat ibunya kembali tersenyum.

            “Bila kita pindah, ibu?”
           
“Hari Isnin ni. Ada lagi dua hari. Esok, kita pergi cari baju sejuk, ok?”
           
“Ok!”

No comments:

Post a Comment