Stolen Heart (10)

Episod 10

PINTU wad bilik Aliya dikuak Hairi. Nenek yang sedang membetulkan selimut Aliya menoleh. Senyuman dihadiahkan kepada Hairi. Pemuda itu menghampiri si nenek.

“Nek, Aliya macam mana? D… Dia ok ke?”

“Shhh! Haha, risau kamu ya. Dia ok je, cucu oi. Dia rindukan kamu, Hairi.” Hairi tersenyum mendengar kata- kata neneknya itu.

“Hmmm. Nenek baliklah dulu. Hairi boleh jaga dia,” kata Hairi. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aliya yang sedang nyenyak tidur. Si nenek akur lalu meminta diri untuk pulang ke rumah.

Hairi menarik kerusi plastik yang berada di penjuru bilik pergi berdekatan dengan katil. Dia melabuh punggung di kerusi tersebut dan melepas keluhan. Dia sedar bahawa ini semua berpunca daripada dirinya. Jika dia tidak bertindak mengikut perasaan, perkara ini tidak akan terjadi.

Tangan Aliya digenggam erat. Dalam hati, dia berharap agar gadis itu akan kembali sembuh dan menjadi seorang yang ceria seperti dahulu. Ingin sekali dirinya melihat gadis bisu itu marah dan menghentakkan kakinya sehingga lenguh. Geli hati Hairi dibuatnya apabila teringatkan memori lama.

“Sorry disturb, encik. Encik ni penjaga dia ke?” muncul seorang jururawat bertanya tentang hubungan Hairi dan Aliya. Hairi mengangguk. Jururawat itu berpesan kepada Hairi bahawa esok, Aliya akan menjalani sebuah terapi. Hairi kebingungan.

“Oh okay, nurse. Tapi, boleh saya tanya sikit…” Hairi mahu, soalan yang bdari tai berlegar di dalam kepalanya terjawab.

“Yes, sir?”

“Aliya ni, sakit apa?”

“Laa, encik tak tahu ke? Aliya ni, antara pesakit yang tiada harapan untuk sembuh melainkan Allah SWT menyembuhkannya.” Mendengar kata- kata jururawat tersebut, dahinya semakin berkerut. Jururawat itu menyambung,

“Aliya ada penyakit Leukimia. Dan menurut laporan, ini adalah penyakit keturunan. Itu sahaja encik. Saya minta diri dulu.” Jururawat itu terus beredar.

Lidahnya kelu. Tubuhnya kaku. Hanya dadanya yang turun naik. Nafasnya juga tidak teratur. Tanpa disedari, butiran jernih tumpah dari sepasang mata itu. Hairi terduduk. Dia tidak dapat menerima jawapan jururawat tersebut. Mustahil!

                                    .           .           .           .           .

SUDU disuakan kepada Aliya dan disambut oleh Aliya. Gadis itu tersenyum. Senang hatinya melihat Hairi yang sudah lama menghilangkan diri itu.

“Aliya kena makan banyak- banyak. Nanti, boleh cepat baik. Betul tak?” tanya Hairi dengan perangai keanak- anakannya. Aliya mengangguk sambil tersenyum. Perangai mereka berdua persis kanak- kanak.

Syahril hanya menjenguk dari pintu. Kebahagian jelas terserlah di wajah Aliya setelah dapat bertemu jejaka yang ditunggunya. Hasratnya untuk memeriksa keadaan Aliya dibatalkan. Kata- kata nenek Aliya tiba- tiba berlegar di benaknya, “Aliya dan Hairi itu merupakan jodoh. Hanya Allah yang Maha Esa sahaja yang dapat memisahkan mereka.” Oleh itu, dia tidak mahu mengganggu detik bahagia mereka. Biarlah…

“Aliya…” seru jejaka itu. Aliya mengangkat sedikit wajahnya.

“Aliya tak nak bercakap ke dengan abang?” Hairi membuat muka ‘seposen’nya. Aliya tersenyum lebar. Gadis itu menggelengkan kepalanya.

“Once, please?” rayu Hairi. Namun, tetap jawapan sama iaitu gelengan. Hairi melepaskan keluhannya. Dia tahu, dia tiada hak untuk memaksa Aliya.

Lengan baju Hairi ditarik Aliya. Hairi memandang Aliya. Gadis manis itu mengangakan mulutnya dan membuat muka sedih. Tangannya di menunjuk ke arah bubur yang dipegang Hairi.

Melihat telatah comel Aliya itu, Hairi terus ketawa terbahak- bahak sehinggakan hendak menangis. Setelah puas ketawa, dia kembali menyuapkan makanan kepada Aliya.

“Nenek kata, Aliya tak ada selera. Tapi abang tengok, macam hantu yang makan je,” seloroh Hairi. Aliya mencebik lalu menggeletek Hairi. Hairi cuba mengelak tetapi gagal. Kamar sakit itu bergema dengan suara mereka berdua.

                                                .           .           .           .           .

WAJAH pucat si gadis manis itu ditatap neneknya. Pilu sungguh hati ini melihat si cucu akan pergi meninggalkannya terlebih dahulu. Keadaan Aliya terlalu kritikal dan boleh dikatakan, nazak. Dia hanya bergantung kepada alat pembantuan pernafasan.

Hairi pula tidak putus- putus memberi semangat kepada Aliya. Dia ingin berada di samping Aliya di saat genting ini sehingga hembusan nafas terakhir gadis itu. Syahril pula berdiri tegak di belakang si nenek sambil memegang sebuah laporan ditangannya.

“N… Nenek, A… Abang.” Mendengar panggilan itu, Hairi terkesima. Dia memandang seraut wajah yang dibasahi air mata itu.

Adakah benar apa yang didengarinya tadi? Silapkah pendengarannya? Hairi sukar mempercayai keajaiban yang didengarnya sebentar tadi.

            “Ya Allah, cucu nenek. Cucu nenek dah boleh bercakap?” si nenek menggenggam tangan cucunya itu seperti tidak mahu melepaskan.

            “Nenek… Tolong halalkan, m… makan minum Aliya. Aliya minta maaf kalau… kalau…” belum sempat Aliya menamatkan kata- katanya, si nenek sudah memintas,

            “Ya Aliya. Nenek halalkan semua makan minum kamu. Nenek maafkan segala kesilapan kamu. Nenek ikhlas, cu. Nenek tak berkira langsung.” Aliya mengucup pipi neneknya yang sangat disayanginya itu.

            Kini, dia berpaling wajah memandang Hairi yang berada di sebelah kirinya itu. Senyuman manis dilemparkan kepada Hairi dan dibalas semula oleh jejaka tersebut.

            “Abang… Aliya minta maaf sangat sebab tak makan makanan  yang abang bagi kepada Aliya empat tahun lepas. Aliya… Aliya tunggu abang setiap hari sebab nak minta maaf. Maafkan Aliya,” katanya.

Kamar itu sunyi seketika. Hairi memandang Aliya tanpa sebarang respon. Kekuatannya seolah- olah terbang menyebabkab dia tidak berdaya untuk berbicara. Hairi menarik nafas dalam- dalam.

“Abang tak sangka sebenarnya. Akan dapat jumpa semula budak perempuan comel yang berada dekat lorong kotor tu. Abang dah bagitahu dia, jangan pergi tempat tu. Bahaya. Tapi, dia degil.” Hairi tertawa kecil lalu berkata,

“Disebabkan abang terleka tengok muka dia, abang kena belasah teruk dengan pekerja kedai roti tu. Abang tak pernah percaya cinta pandang pertama. Tapi, abang dah rasa.” Pandangannya dialihkan ke arah tingkap yang membentangkan panorama indah taman di hospital.

Aliya terketawa kecil mendengar kata- kata abangnya itu. Namun, ketawanya termati. Badannya tidak dapat dikawal daripada rebah. Dunianya semakin gelap gelita. Aliya sudah tidak menyedarkan diri.

Genggaman tangan mereka terlerai. Alat pengesan degupan jantung berbunyi tanpa henti menandakan degupan jantungnya terhenti.

“Aliya!!”

………………………………………………………………………………………………………
            “JADI Encik Hairi, Aliya sudah meninggal dunia ke?” tanya Sarah sambil menyeka air matanya. Para hadirin juga turut mengalirkan air mata mendengar cerita yang menghayat hati itu.

            “Arwah Aliya, mungkin sudah dikuburkan. Tapi, dia tetap hidup dalam hati saya.” Hairi tersenyum.

                                                           

TAMAT…

Hanya  Allah  yang  Maha  Esa  sahaja  yang  dapat  memisahkan  mereka.

No comments:

Post a Comment