Episod 9
6 bulan kemudian
“THE number you have dialled is not answering. Please call again later.” Sekali lagi suara operator kedengaran. Sudah 6 kali Aliya cuba untuk menghubungi Hairi. Namun, tidak pernah berhasil.
Lima bulan lelaki itu menghilang tanpa berita dan khabar angin. Rumahnya tidak berpenghuni melainkan pembantu rumah. Aliya sentiasa menanti Hairi di lorong kotor, tempat pertama mereka bertemu. Dia membuat konklusi tentang Hairi yang menghilangkan diri itu berkait dengan Syahril menggenggam tangannya. Sejak hari itu, suara Hairi, malah wajahnya seolah- olah ‘mati’.
Abang, bila nak datang jumpa Aliya dekat sini? Aliya rindu sangat dekat abang. Entah- entah, abang dah kahwin? Itu sebabnya dah taknak jenguk nenek dengan Aliyakan? Kalaulah abang tahu, yang Aliya ni…
“Aliya, makan bubur ni sikit,” kata nenek lalu mendekatkan sudu ke mulut Aliya. Mulutnya dibuka. Bubur itu terasa sukar untuk ditelan.
“Assalamualaikum.” Mendengar seseorang memberi salam, nenek segera bangun untuk melihat tetamu.
“Waalaikumsalam Doktor Syahril. Aliya ada dalam bilik dia. Nenek tengah suap dia makan,” balas nenek lalu menjemput Syahril masuk.
Syahril dengan sukarelanya hendak merawat Aliya yang sedang sakit itu. Sebagai seorang doktor pakar terlatih dari Australia, dia yakin bahawa dia mampu merawat gadis yang telah mencuri hatinya itu.
Sebak hatinya melihat wajah Aliya yang pucat lesi seperti mayat hidup itu. Syahril menyarankan Aliya supaya ke hospital, namun dia enggan. Aliya benci akan hospital yang dipenuhi warna putih dan bau ubat- ubatan. Syahril menawarkan Aliya bilik kelas pertama, masih tetap ditolak.
“Doktor, cucu saya ni sebenarnya sakit apa?” nenek bersuara. Aliya memandang neneknya dan kemudian beralih ke arah Syahril.
Mendengar pertanyaan itu, Syahril terdiam. Penyakit yang dialami Aliya ini, sungguh berat. Dan dirinya sendiri menjadi berat hati untuk memberitahu penyakit Aliya. tetapi, dia harus menyatakan penyakit Aliya kepada penjaganya.
“Saya berat hati nak beritahu. Mengikut keputusan yang saya peroleh semalam, Aliya sebenarnya…” Syahril terdiam.
“Sebenarnya apa doktor?” nenek semakin cemas. Degupan jantung Aliya juga berkencang hebat.
“Aliya sebenarnya ada penyakit leukimia. Menurut sumber, ini merupakan penyakit keturunan. Penyakit ni, memang dah kritikal. Dan tempoh untuk Aliya hidup… Cuma, tiga bulan lagi,” kata Syahril menahan sebak. Dia mengucap menenangkan hatinya.
Keluhan kedengaran di bibir gadis itu. Si nenek pula sudah tidak mampu membendung kesedihan lagi. Tersedu- sedan wanita tua itu menangis. Lalu dia memeluk erat cucunya. Aliya membalas pelukan neneknya, meminjamkan sedikit kekuatan kepada si nenek.
Selepas pelukan dileraikan, Aliya menggenggam erar tangan neneknya dan menunjukkan bahasa isyarat. Neneknya mengangguk tanda memahami. Dahi Syahril berkerut seribu melihat bahasa isyarat yang dilihatnya.
“Ya, cu. Nenek akan cuba,” kata neneknya lalu mengusap kepala si cucu penuh kasih sayang.
“Cik, apa yang Aliya katakan?” Syahril mencelah.
“Doktor, doktorkan kawan Hairi,” kata si nenek. Syahril mengangguk, membenarkan. Nenek menyambung kata- katanya,
“Doktor, cucu saya betul betul nak jumpa Hairi. Untuk sekali pun jadilah. Tolonglah doktor. Tolong hubungi dia dan beritahu bahawa cucu saya, Aliya sedang tenat. Tolonglah doktor,” rayu wanita tua itu. Hati lelakinya tersentuh mendengar rayuan si nenek. Perkara itu seolah- olah permintaan terakhir Aliya.
Syahril mengangguk lalu berkata,
“Saya ada syarat. Saya akan cuba menghubungi Hairi dengan syarat Aliya ke hospital. Macam mana?” sempat lagi mereka berkompromi. Aliya bersetuju. Syahril mengukir senyuman. Walaupun dia tahu bahawa tiada sedikit ruang pun di dalam hati gadis itu untuk dirinya, dia masih ingin menunaikan hasrat terakhir gadis itu.
. . . . .
HAIRI merenung lautan yang terbentang luas di hadapannya. Enam bulan berlalu. Dan sepanjang tempoh itu jugalah dia berasa terseksa. Foto Aliya di telefon bimbitnya sering menjadi tatapan. Sengaja dia tidak mengangkat panggilan daripada semua orang kecuali ibunya.
“Assalamualaikum,” sapa seseorang. Suara yang garau, pastinya lelaki. Sepantas kilat Hairi menoleh. Alangkah terkejutnya melihat Syahril yang sedang berdiri tegak sambil tersenyum.
“M… Macam mana abang tahu saya ada dekat sini?” soal jejaka tersebut. Syahril menghampiri Hairi. Lelaki yang bernama Hairi ini jelas tidak terurus, desis hatinya.
“Haha. Macamlah susah nak cari kau. Abang terpaksa call ibu kau. And your mother told me, you were here. Dekat Pulau Tioman. Nice place.” Sungguh tenang kata- kata Syahril.
Pandangannya dilemparkan ke arah lautan biru ciptaan yang Maha Esa itu. Udara yang segar dihirup tanpa jemu. Pasir pantai yang putih berkilau persis emas bertaburan. Keadaan yang mustahil diperoleh di Bandar Metropolitan, tempat tinggalnya.
“Okay. So, apa hal datang sini?” suara yang jelas tidak puas hati.
“Aliya sakit…”
“What?!”
No comments:
Post a Comment