Stolen Heart (3)

Episod 3
4 tahun kemudian…
           
“Cepat kejar dia!” arah seorang penjual roti kepada pekerjanya.
           
“Baik tuan!”

Walaupun sudah berusia 19 tahun, sikap Hairi tetap tidak berubah. Mencuri itu seolah- olah sudah terlalu sebati dengan dirinya. Dia mencari lorong yang sering dilaluinya. Namun, tidak jumpa.

            Aku tinggalkan Malaysia 4 tahun je. Tak mungkinlah lorong- lorong kecik pun Perdana Menteri dah tukar? Aduhai, Hairi mengeluh.

            Dia terus berlari sambil memerhatikan lorong yang boleh dia masuk. Dan, jumpa! Dia segera menyorok di belakang tong sampah besar.

            “Laa, mana budak tu tadi? Penat penat je aku kejar dia.” Pekerja kedai roti itu mengeluh.

            “Tahu tak apa. Tapikan Syam, aku rasa, memang patut pun budak tu curi roti kat kedai dia. Dahlah kedekut, selalu bagi gaji lambat pula tu.” Mereka mula mengumpat tentang majikan mereka yang sangat bakhil dan sering memberi gaji lewat.

            “Aku setuju dengan kau tu. Tapi, kau kena ingat sesuatu,” kata rakannya.

            “Apa pula?” tanyanya tercungap- cungap.

            “Gaji bulan lepas, kita belum dapat lagi. Padahal, dah pertengahan bulan. Entah- entah, kalau kita tak dapat budak Ultraman tu, gaji kita kena potong. Aku nak bagi adik aku makan apa?” Hairi tersentak mendengar keluhan pekerja- pekerja kedai roti itu.

            “Kejamnya, bos buncit diorang tu,” katanya perlahan. Dia merenung dua plastik yang berisi roti itu. Terbit rasa kasihan di hatinya. Namun, dia tidak mahu diheret ke balai polis. Ibunya masih di Australia. Tiada sesiapa yang akan mengikat jamin dirinya.

            Dia menjenguk sedikit. Pekerja itu sudah pergi. Dia keluar dari situ dan menepuk- nepuk bahagian yang kotor. Busuknya! Dia menoleh ke belakang untuk meneruskan perjalanan. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat seorang gadis berdiri tegak di hadapannya.

            “Ya Allah! Terkejut aku.” Hairi mengurut dadanya. Gadis itu hanya memerhatikan gelagat Hairi tanpa memberi sebarang respon. Hairi memandang gadis itu seketika.

            Dia berasa aneh. Seolah- olah gadis ini pernah ditemuinya. Tapi, di mana? Wajah yang comel itu, Hairi tatap lama- lama. Dia mengukir senyuman lalu mengusap kepala gadis itu.

            “Apa adik buat di sini? Adik tahu tak, tempat ni tak sesuai untuk perempuan. Adik dahlah cantik. Nanti…” tidak sempat Hairi menghabiskan baris ayat terakhir itu. Bajunya ditarik dari arah belakang. Lantas, singgah sebiji penumbuk di pipinya. Hairi rebah. Tubuhnya terasa sakit apabila kaki mereka dilayang tepat ke tubuhnya. Dunianya kian gelap.

            Gadis itu hanya mampu menangis dan menolak kedua- dua pemuda itu. Namun, apalah sangat jika dibandingkan antara tenaganya dengan tenaga dua orang pemuda tadi.

            “Puas hati aku! Dah nak mati pun Si Ultraman tu. Jomlah,” kata salah seorang daripada mereka. Pekerja kedai roti itu pun beredar.

                                                            .           .           .           .           .          


PERLAHAN- LAHAN Hairi membuka kelopak matanya. Dia mengenyeh mata agar penglihatannya lebih jelas. Dia melihat keadaan sekeliling.

            “Baringlah. Kamu masih sakit lagi, cu,” kata seorang wanita yang layak digelar nenek.

            “Saya dekat mana ni, nek? Apa dah jadi dengan saya…? Aduh aduh!” Hairi memegang kepalanya yang berbalut kain putih itu.

            “Aliya kata, kamu kena belasah teruk. Itu yang dia bawa kamu balik. Tak sampai hati nak tinggalkan kamu sorang sorang dekat lorong kotor tu, katanya.” Hairi termenung panjang.

Aliya? oh, ya! Empat tahun lepas, aku jumpa dia dekat lorong sempit jugak. Tak sangka dia dah dewasa, Hairi bermonolog. Dia tersenyum sendirian.

            “Yang kamu senyum sorang- sorang tu, kenapa?” si nenek menampar perlahan pipi Hairi. Hairi sekali lagi tersenyum.
           
“Cucu nenek, cantik. Cantik macam nenek,” bodek Hairi. Wanita itu ketawa terbahak- bahak sehinggakan semput.

            “Nenek, nenek ok tak?” Hairi menepuk perlahan bahagian belakang badan si nenek itu. Aliya datang membawa alat bantuan pernafasan.

            “Hahaha. Nenek baik aje.” Nenek menepuk kedua- dua bahu anak muda itu.
Aliya memandang serius ke arah neneknya dan menggeleng.

            “Alololo cucu nenek ni. Nenek baik baik ajelah. Janganlah risau sangat, ye?” nenek merenung cucunya itu. Sayang rupanya kamu dekat nenek ya, bisik hati kecil wanita tua itu.

            Aliya berlalu ke dapur. Hairi agak mengesyaki sesuatu.
           
“Nenek. Hairi nak tanya sesuatu boleh tak?”

“Apa dia, cu?”

“Aliya tu, bisu ke?” tanya Hairi separuh berbisik. Nenek hanya tersenyum. Hairi masih menunggu jawapan.

“Tidaklah. Dia Cuma tidak mahu bercakap.” Mendengar kata- kata wanita itu, Hairi semakin bingung.

“Kenapa pulak nek? Aliya dahlah cantik. Saya pernah jumpa dia 4 tahun sebelum ni nek. Lepas tu, saya pindah ke Australia,” terang Hairi dengan penuh semangat. Mereka memang mudah mesra.

                                                           

.           .           .           .           .

No comments:

Post a Comment