Episod 4
HAIRI menadah tangan, mengetuai bacaan doa. Makanan yang enak belaka tersaji di atas meja. Selesai membaca doa, Aliya menyendukkan neneknya nasi dan kemudian Hairi. Hairi berasa bahagia dilayan begitu.
“Thanks, Aliya.” senyuman terukir di bibir pemuda itu. Aliya segera mengalihkan pandangannya, mengelakkan diri daripada terus leka dengan dunia fantasinya.
“Nek! Boleh Hairi duduk sini tak?” dengan mulut yang penuh makanan, Hairi masih ingin bercakap.
“Mak kamu tak kisah ke?”
“Ibu saya ada dekat Australia lagi, nek. Rumah banglo tu, dahlah besar. Saya duduk dengan tiga orang pembantu rumah saya je. Tak seronoklah, nek.” Hairi membuat muka ‘seposen’nya untuk meraih simpati.
“Hahaha. Boleh. Tapi, kamu perlu bayar sewa. Boleh ke?”
“RM1000 sebulan, cukup tak nek?” Hairi menawarkan jumlah yang agak besar sehingga membuat warga emas itu tersedak. Aliya mengambilkan air untuk neneknya dan meminta neneknya minum perlahan- lahan.
“Kamu ni, nenek berseloroh aje. Janganlah dianggap betul pula. Kamu boleh tinggal di sini, cu oi,” balas neneknya.
“Tak sedaplah nenek kalau saya tinggal dekat sini tapi tak bayar satu sen pun.” Hairi tersengeh seperti kerang busuk.
Aliya mengangkat tangannya.
Nenek dan Hairi memandang. Aliya menunjukkan bahasa isyarat. Hairi berkerut seribu kerana tidak memahami apa- apa.
“Hahaha. Aliya kata, kamu perlu basuh baju sendiri, tolong dia kemas rumah dan bayar RM200 sebulan. Pandai cucu nenek ni.” Nenek mengusap lembut kepala Aliya membuat gadis itu tersenyum.
“Aliya, kalau abang bayar RM300, boleh tak Aliya basuhkan baju abang?” Hairi cuba berkompromi. Aliya tersenyum serentak menggeleng.
“Please! Abang tak reti basuh baju sendiri. Please please,” rayu Hairi. Matanya merenung seraut wajah comel itu.
Sekali lagi, Aliya tersenyum lalu menggeleng. Kali ini, disertakan ejekan lagi. Geli hati si nenek dibuat mereka.
“Hahaha. Sudah sudahlah kamu berdua tu. Makan dulu. Pasal baju pun nak kecoh. Macam- macam betul cucu nenek ni.” Nenek segera menghentikan kompromi mereka itu.
. . . . .
PINTU kamarnya diketuk kuat sekali dari luar. Hairi mendengus. Dalam keadaan separuh sedar, dia membuka pintu.
“Apa?!” agak meninggi suara Hairi itu. Matanya masih tertutup rapat.
Aliya tersentak apabila diherdik begitu. Neneknya sedang menyiram pokok bunga di halaman. Aliya tertunduk. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
“If you have nothing to say, so please don’t bother me!” kata Hairi seraya pintu dihempas kuat. Aliya terdiam seribu bahasa. Hairi yang dilihatnya malam tadi amat berbeza dengan Hairi yang berada di hadapannya kini.
Kenapa Abang Hairi jadi macam ni? Tak sangka aku. Malam tadi dia baik sangat. Mungkin, dia berpura- pura di hadapan nenek. Tapi hakikatnya, dia langsung tak pandang perempuan bisu macam aku ni. Hati si gadis itu mula mambuat andaian.
Nenek mendaki anak tangga dan menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan. Peluh yang mereecik di dahi dikeringkan dengan tuala kecil. Dia memandang Aliya yang tercegat di depan pintu bilik Hairi.
“Ya Allah budak bertuah aku ni. Kamu dah kejut ke belum si Hairi tu? Dia pesan pada nenek suruh kejutkan dia pukul 9 pagi. Dia nak ambil baju kat rumahnya,” kata neneknya panjang lebar. Aliya menoleh perlahan ke arah neneknya. Butiran- butiran jernih jatuh dari sepasang mata jernih itu. Neneknya terkejut.
. . . . .
HAIRI memakan makanan yang dimasak oleh si nenek dengan penuh berselera tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Eh, nenek tak makan ke?” tanyanya tanpa sedikit pun menoleh.
“Sudah tadi.” Jawab nenek ringkas. Hairi bertanya lagi,
“Aliya mana, nek?”
“Merajuk tadi. Jadi, nenek suruh dia pergi beli barang sikit dekat kedai jap.” Hairi menghentikan suapannya. Kali ini, dia menoleh ke arah si nenek yang sedang leka menyanyam bakul.
“Merajuk kenapa?” tanya Hairi benar- benar ingin tahu.
“Aik… Kamu yang buat dia merajuk, kamu tanya nenek pula?” soalannya dipulangkan semula dengan soalan. Hairi berasa aneh.
“Seriously, saya tak buat apa- apa pun pada dia. Saya pun baru bangun ni.” Hairi cuba meyakinkan nenek bahawa dia tidak bersalah. Si nenek tersenyum. Anyamannya dihentikan.
“Cuba kamu ingatkan balik, Hairi. Apa kamu buat semasa ada orang ketuk pintu bilik kamu pagi tadi?” Hairi mengingati semula insiden itu. Apa yang terjadi ya?
“Oh, ya! Yang saya ingat, ada orang ketuk pintu bilik saya waktu saya tengah syok tidur. Then, saya buka pintu and jerit dekat orang tu. Lepas tu, saya tutup pintu kuat- kuat. Tapi waktu tu, mata saya tertutup. Berat sangat nak buka. Itu je yang saya ingat.” Dengan yakin Hairi menjawab.
“Itulah kesalahan kamu.”
“Kenapa pula, nek?” dahinya sudah berkerut seribu.
“Yang kamu jerit dekat Si Aliya tu kenapa? Cucu nenek tu, dahlah cepat terasa orangnya. Sudah dia menangis tadi waktu kamu hempas pintu bilik kamu,” jawab nenek selamba.
“Apa?! Astaghfirullah! Saya kena minta maaf kat dia ni.” Hairi menghabiskan nasi di pinggannya lalu membasuh pinggan tersebut. Risau betu kamu ye, desis hati wanita tua itu.
“Tunggu dulu, Hairi. Tunggulah dia balik dulu.” Nenek cuba menenangkan Hairi yang jelas kelam kabut itu. Hairi hanya mengangguk.
Dia berasa sangat bersalah atas perbuatannya itu. Memang sikap semula jadinya yang sangat ‘pantang’ dikacau ketika tidur. Mulalah dia melenting tanpa mengira sesiapa pun.
Dalam kesepian mereka itu, nenek memulakan perbicaraan.
“Hairi, kamu sukakan Aliya ke?” soalan yang menjerat dirinya. Hairi menggaru- garu kepalanya yang langsung tidak gatal itu.
“Haha. Apa nenek cakap ni? Emm, nenek dah makan?” Hairi cuba menukar topik perbualan. Si nenek tersenyum sinis.
“Usahlah mengelak. Nenek ni, Cuma nak tahu je,” jawab si nenek tenang. Hairi menarik nafas dalam- dalam.
“Sejujurnya, ya nek. Memang saya sukakan dia. Nenek tak marahkan?” Hairi mula takut takut.
“Hahaha! Buat apalah nenek nak marah? Alhamdulillah. Ada juga yang sukakan Si Aliya. orangnya, tampan pula tu.” Nenek mengusik Hairi membuatnya berasa malu.
“Janganlah bagitahu Aliya tau, nek? Malu saya.” Hairi tersengeh seperti kerang busuk. Neneknya hanya mengangguk tanpa berkata apa- apa.
“Kamu tahu…”
“Ya, nek?”
“Aliya pernah minat seorang budak semasa umur dia 12 tahun dulu.” Kata- kata si nenek itu, membuat Hairi berasa tertarik untuk mendengar.
“Lepas tu, apa jadi nek?”
“Dia kata, budak itu pencuri tapi baik. Dia jumpa budak tu di celah celah lorong kotor waktu baru balik sekolah. Budak tu dikejar orang.” Hairi terdiam. Otaknya ligat berfikir sesuatu. Ingatan lalu kembali bermain di tubir matanya. Kejadian yang berlaku 4 tahun lalu.
“Aliya kata, budak tu siap nasihatkan dia supaya tidak berada di tempat itu kerana berbahaya. Tapi, masa begitu pantas berlalu. Orang yang mengejar budak lelaki tu jumpa pula. Terpaksalah budak itu lari. Sejak dari saat itu, Aliya selalu tunggu budak tu dekat lorong yang sama. Setiap hari pula tu. Haha. budak- budaklah katakan,” sambung si nenek lagi.
“Aliya jumpa tak budak lelaki tu?” Hairi bertanya, sedangkan dia sendiri mengetahui jawapannya.
“Entahlah. Mengikut firasat nenek ni, dia dah jumpa budak lelaki tu. Haha. tak tahulah, nenek.”
Hairi tersenyum mendengar cerita neneknya itu. Aliya tunggu abang ke?
Dia menundukkan sedikit kepalanya.
“Hairi… nenek nak minta tolong kamu sikit ni. Kalau boleh, tolonglah buat Aliya tu bercakap semula.” Nenek kelihatan bersungguh- sungguh.
“Saya pelik. Kenapa dia taknak bercakap?”
“Cucu nenek tu, trauma. Ayah dan…”
Sejurus kemudian, pintu rumah diketuk. Seorang gadis berbaju kemeja, dikenakan dengan skirt labuh berwarna putih krim muncul di pintu. Senyuman terukir. Hairi menghadiahkan senyuman kepada Aliya. Namun, tidak dibalas. Yelah yelah, aku salah.
Hairi menolong Aliya mengangkat barang- barang ke dapur.
“Aliya, abang nak minta maaf sebab tertengking Aliya pagi tadi ya.” Hairi tersengih lagi. Aliya tidak mengendahkan Hairi.
“Please please please please? I am sorry. Sincere from me, Hairi Mansur.” Hairi meletakkan tangan kanannya di dada sambil memejamkan mata. Aliya ketawa melihat telatah Hairi itu.
“Senyum tu maksudnya, ‘Yes’ kan?” Aliya mengangguk. Hairi bersorak kegembiraan.
“Thank you so much, dear. Yuhuuu!” terlompat- lompat Hairi semasa menaiki tangga. Aliya hanya tersenyum. Geli hati dibuatnya.
Hairi menjulurkan kepalanya.
“Nanti, ikut abang balik rumah kejap boleh? Nak ambil baju. Hehe,” kata Hairi lantas pergi ke ruang tamu.
Melihat gelagat Hairi yang macam ‘beruk’ itu, nenek sudah dapat menganggak. Anak mudalah katakan, desis hatinya.
No comments:
Post a Comment