Stolen Heart (5)

Episod 5

TERPEGUN Aliya seketika melihat rumah besar yang berada di hadapannya kini. Seolah- olah tidak percaya rumah itu milik Hairi.

Hairi menekan loceng rumahnya. Namun, tiada sesiapa yang datang membuka pagar rumahnya. Dia menekan sekali lagi dan seorang wanita berusia lingkungan lewat 30an keluar. Pintu pagar automatik itu terbuka.

“Kenapa lambat sangat? It’s annoying,” kata Hairi, menjeling tajam ke arah pembantu rumahnya itu.

“Minta maaf, tuan. Kami… kami…” belum sempat pembantu rumahnya menghabisakan ayatnya, Hairi sudah membidas,

“You bawa lelaki masuk lagi, Rin? Ni apa!?” Hairi menudingkan jari telunjuknya ke arah sepasang kasut kulit yang memang ternyata milik seorang lelaki.

Rin, pembantu rumahnya itu hanya tertunduk. Tidak berani bertentang mata dengan majikannya itu. Dalam hati, dia mengaku bahawa memang silapnya. Sudah kerap kali ditegur oleh Hairi, namun dia langsung tidak mengendahkannya.

Hairi menanggalkan sepatunya lalu terus meluru ke dalam rumah tanpa menghiraukan Aliya yang masih termangu- mangu.

“Err… Cik, silakan masuk,” jemput Rin kepada Aliya. Dia jelas gelisah akan sikap tuannya yang mudah naik angin itu.

Hatinya bertambah berang melihat rumahnya yang berselerak itu. Tangannya mulai mengepal penumbuk apabila melihat seorang pemuda sedang bersuka- ria menonton television.

“Woi!” mendengar jeritan itu, serta merta pemuda itu berdiri ketakutan.

“Kau buat apa dalam rumah aku?! Keluar sekarang!” Suara yang mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa takut. Lelaki itu segera berjalan ke pintu dan beredar.

Matanya tepat merenung Rin. Hatinya semakin membara seperti api yang sedang galak dicurahkan minyak petrol. Hairi menghampiri Rin. Tangannya sudah melayang diudara dan sedang menuju ke sasaran. Rin memejamkan matanya.

Aliya memegang tangan Hairi lalu menggelengkan kepalanya. Wajahnya jelas ketakutan melihat sikap Hairi itu.

Hairi menjatuhkan tangannya. Dia menarik nafas dalam- dalam. Cuba untuk kembali rasional.

“Mana Miyu dengan Syikin?” tanya Hairi kepada Rin.

“Mereka pergi beli barang, tuan.” Rin menjawab dalam keadaan takut- takut.

“I see. So now, you boleh berambus.” Ungkapan itu sungguh tenang diluahkan oleh Hairi. Tangannya masih dipegang kemas oleh Aliya.

Hairi mengukir senyuman kepada Aliya lalu membawanya ke dapur. Rin masih termangu di ruang tamu. Dia tidak mengerti. Segera dia berlari ke arah tuannya.

“Tuan, apa maksud tuan? Berambus?” Rin cuba meraih simpati dengan membuat mimik muka kasihannya. Namun, tidak berkesan kepada Hairi.

“Yes. You dipecat! Get out from here NOW!” sengaja Hairi menekankan perkataan ‘now’ itu. Rin terduduk.  Hairi tidak memperdulikan Rin. Dia meminta Aliya tunggu di ruang tamu manakala dia pula mengambil baju di kamarnya.

Tak sangka aku, Abang Hairi seorang yang tegas. Sampaikan, pembantu rumah dia pun dia nak lempang. Huhu. Sangat menakutkanlah abang ni, Aliya bermonolog.

                                                            .           .           .           .           .

           
“AMBIL baju ni. Try them,” kata Hairi sambil menghulurkan 4 helai baju dan dua pasang gown yang sangat cantik. Aliya memandang Hairi dengan penuh tanda tanya. Hairi seperti biasa, hanya tersenyum.

“Try- lah. Kalau Aliya ada suka atau berkenan dengan mana- mana baju kat sini, bagitahu abang, okay?” Hairi mengusap kepala Aliya seperti yang sering dilakukannya.

Aliya masih tidak berganjak. Dia masih bingung. Masih tidak mengerti tentang semua ini. Untuk apa? Dia menggeleng- gelengkan kepalanya, mengharapkan penjelasan.

            Hairi mengenyitkan matanya lalu menarik Aliya ke bilik persalinan dan menolak gadis itu masuk.

            “Cuba tau baju tu. Then, show to me. I’ll judge,” teriak Hairi dari luar bilik persalinan tersebut.

            Baju yang dipegang itu, ditatapnya. Kemudian, dia melihat harga yang tercatat di situ. Alangkah terkejutnya dia melihat harga baju itu, RM 450.90. Aliya menggantung baju itu di penyangkut belakang pintu.

Dia mencapai gown berwarna krim yang diserikan dengan bunga di bahagian belakangnya. Perkara yang pertama dilihatnya ialah harga pakaian tersebut. Sekali lagi, hampir pitam dirinya apabila melihat RM 1360.45 yang jelas tercatat di tag harga baju tersebut. Namun, dia mengambil keputusan untuk mencuba gown berwarna krim tersebut.

Hairi membelek- belek telefon bimbitnya. Jarinya mencari nombor si ibu lalu mendail.

“Ibu! Haha. Waalaikumsalam. Ibu sihat?” Hairi tersenyum sendirian sambil telefon bimbitnya itu setia di telinga.

Aliya menarik nafas dalam- dalam. Dia cuba meyakinkan dirinya lalu membuka pintu bilik persalinan tersebut.

            Mendengar pintu bilik persalinan tersebut dikuak, Hairi menoleh untuk melihat gadis pilihan hatinya itu. Matanya terpaku seperti melihat seorang bidadari. Alangkah indahnya makhluk Tuhan yang sedang berdiri di hadapannya kini.

            “Err… Ibu, nanti Hairi call ibu balik ya. Okay, ibu. Take care.” Hairi segera memutuskan talian. Matanya tertumpu kepada seorang gadis.

            Aliya mula tidak selesa direnung begitu. Dia menepuk tangannya untuk menarik perhatian Hairi. Kelopak mata Hairi terkelip. Dia kemudian tertawa, menyembunyikan rasa malu.

            “Hahaha. Abang minta maaf ya. Wah, cantik sangat! And me…” Hairi meletakkan  telapak tangannya di dada. Dia menyambung ayatnya,

            “I am totally speechless, Aliya.” sebuah senyuman terukir di bibir jejaka tampan itu.

            Aliya menundukkan kepalanya. Wajahnya yang putih gebu itu kian berubah menjadi merah. Malu barangkali. Fikirannya mula ke awang- awangan. Alangkah indahnya jika dia menjadi seorang puteri manakala Hairi pula puteranya. Ah, sukanya!

            “Aliya… Aliya,” seru Hairi.

Aliya tersentak apabila namanya dipanggil Hairi. Dia memandang lelaki yang tegak berdiri di hadapannya itu. Dia tersengih seperti kerang busuk apabila Hairi menangkap dirinya sedang mengelamun.

                                                            .           .           .           .           .

No comments:

Post a Comment