Stolen Heart (6)

Episod 6

KELOPAK matanya terbuka luas. Aliya bangkit dari pembaringannya. Dia ke dapur kerana tekaknya terasa haus sekali.

            Aliya mencapai gelas yang berada di kabinet dapurnya. Lantas, dituangkan air kosong ke dalam gelas tersebut. Perlahan- lahan, dia meneguk air kosong itu sehingga habis. Mimpi ngerinya menjelma kembali. Masih terbayang kejadian 11 tahun lalu yang telah meragut nyawa mama dan abangnya.

            Hairi menutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap. Dia pula berasa lapar. Jadi, dia bercadang untuk memasak mi segera. Langkahnya termati apabila terlihat Aliya sedang duduk sendirian di dapur. Keluhan yang dilepaskan gadis itu jelas didengarinya.

            Kenapa dengan Aliya? ada problem ke? Emmm. Tak apalah. Nanti, aku tanyakan dia. But now, aku rasa macam nak terkejutkan dialah. Hehe. Hairi merancang idea nakalnya itu di minda.

            Ayah dahulu meninggal dunia kerana penyakit leukimia. Mak dan abang pula dibunuh. Kenapa Allah beri aku cubaan yang sangat berat? Aku ini, bukanlah……
           
“Hoooo!” sergah Hairi. Dia sangat berharap agar Aliya melatah dan menyebut sesuatu daripada bibirnya.

Wajah Aliya jelas ketakutan. Matanya sedikit terbeliak. Nafas gadis itu mula tidak teratur. Perlahan- lahan, Aliya meletakkan tangannya di dada dan mengurut. Lantas, dia menoleh ke arah Hairi yang berdiri tegak di belakangnya.

            Senyuman nakal Hairi serta merta mati melihat seraut wajah yang berada dalam ketakutan itu. Rasa bersalah mulai menyelubungi dirinya. Hairi bersuara,
           
“Aliya… okay?” tiada respon. Aliya masih merenung Hairi, menginginkan jawapan atas perbuatannya itu.

            Hairi semakin serba salah. Renungan gadis itu dirasakan seperti tertembus anak matanya. Peluh mulai menitik.

            “Errr... Abang minta maaf sangat. Abang sengaja je nak bergurau. Hehe. Sorry, Aliya,” kata jejaka itu sambil tersengeh- sengeh.

            Renungan itu masih melekat di wajah Hairi. Aliya segera memandang ke arah syiling. Dia sedar bahawa renungannya itu membuatkan Hairi tidak selesa dan menjadi serba salah.

Namun, dia harus mendapat pengajaran daripada perbuatannya itu. Jika aku mempunyai penyakit jantung, lemah jantung?! Dah mati tergolek- golek aku dekat dapur ini.

“Abang minta maaf ye, Aliya.” Aliya melemparkan senyuman kepada Hairi agar lelaki itu tidak diselubungi rasa bersalah. Hairi menghembuskan nafas tanda kelegaan. Dia segera pulang ke kamarnya tanpa menikmati apa- apa makanan pun.

                                                            .           .           .           .           .                      


ALAT kawalan jauh itu ditekan beberapa kali. Hairi mengeluh. Tiada rancangan yang menarik langsung di kaca televisyen. Bosannya!

            Aliya pula sibuk melipat kain baju. Dia jadi aneh melihat Hairi yang sering menukar siaran televisyen itu. Kadang- kadang menjengkelkan hatinya. Namun, dia hanya mampu mengeluh di dalam hatinya.       

“Liya, nanti tolong belikan barang- barang dapur. Dah nak habis tu. Senarai bahan, nenek dah sediakan atas kabinet dapur. Nenek nak pergi hospital kejap. Nak melawat jiran kita yang kena sakit jantung tu. Nenek pergi dulu ye. Assalamualaikum,” pesan nenek agak tergesa- gesa. Aliya mengangguk lalu bergegas mendapatkan neneknya untuk bersalaman.

            Hairi hanya melambai neneknya dan menyuruh neneknya menjaga diri. Dia memandang orang tua itu sehingga hilang dari pandangannya. Aliya kembali ke lipatan baju yang masih belum selesai dilipatnya itu.

            “Aliya…” panggil Hairi. Aliya mendongak memandang Hairi yang sedang merangkak ke arahnya. Dia berasa sedikit cemas lalu berundur sedikit ke belakang. Hairi semakin menghampiri. Aliya menolak tubuh Hairi lantas berpeluk tubuh. Jejaka itu ketawa terbahak- bahak melihat telatah dan pemikiran Aliya yang menyangka dirinya akan diapa- apakan.

            “Hahahahaha! Aliya ni, abang taklah sekejam tu nak menganiaya si manis yang ada depan abang sekarang. Emmm, cepatlah siap. Boleh pergi Tesco. Kalau lama- lama dalam rumah ni, abang takut kena tangkap basah pula kang,” kata Hairi dalam ketawa yang masih bersisa. Dia menyambung bicaranya lagi,

            “Abang tak kisah kalau kena tangkap basah dengan Aliya.” masih sempat lagi Hairi berjenaka dengan Aliya. Cubitan singgah di lengan Hairi. Aliya tersenyum malu.

                                                            .           .           .           .           .           

No comments:

Post a Comment