Stolen Heart (7)

Episod 7


“ALIYA beratur dulu, okay? Abang nak tengok barang kejap.” Hairi sekali lagi merancang sesuatu untuk membuat Aliya kembali berbicara.

10 minit berlalu begitu pantas. Tiba giliran Aliya utnuk membuat pembayaran di kaunter. Dia meletakkan barang- barang di atas sebuah tikar getah bergerak untuk di- scan oleh juruwang yang bertugas. Dalam hati, kegusaran mula beraja.

“Cik, semua sekali RM128.40,” kata juruwang tersebut. Aliya meninjau sekeliling. Harapannya berkecai apabila kelibat Hairi tidak kelihatan.

“Adik, kalau dah tak ada duit tu, janganlah beli barang dekat sini. Menyusahkan orang betul,” tengking seorang wanita yang menolak troli penuh dengan barang.

Aliya tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Mendengar ramai orang memaki dan mencacinya, butiran jernih jatuh mencurah. Wang untuk membuat bayaran dipegang oleh Hairi. Masakan boleh dia membayarnya?

Jauh di sudut hati Hairi berasa simpati. Dia tidak menjangka perkara ini akan berlaku. Oleh itu, dia harus bertanggungjawab. Dengan beraninya dia mengorak langkah. Namun, langkahnya terhenti.

Apa yang aku patut buat sekarang? Ya Allah, tolonglah hambaMu yang…

“Cik, berapa harga semua barang ni?” Aliya mengangkat wajahnya untuk melihat empunya suara. Tekaannya salah apabila si empunya suara bukan Hairi.

“Semua sekali RM128.40, encik,” balas juruwang tersebut. Lelaki tersebut membuat bayaran dan memasukkan barang- barang tersebut ke dalam troli milik Aliya. Hairi yang jelas berasa cemburu segera mendapatkan Aliya.

“Sorry, Aliya. abang pergi toilet. Stomachache. Sorry sangat!” Hairi menggenggam tangan Aliya, tidak mahu melepaskannya. Aliya merenung Hairi dengan perasaan geram yang menggunung.

Pemuda  tersebut menoleh apabila mendengar suara seorang lelaki menyapa gadis malang tersebut. Pandangan kedua- dua jejaka itu bertaut dan rasa terkejut jelas dirasai.

                                                .           .           .           .           .          

“ABANG ingatkan Hairi still dekat Australia. Haha. Bila balik Malaysia?” Syahril memulakan perbicaraan. Hairi tersenyum manakala Aliya pula menjadi pendengar setia mereka.

“Tiga minggu lepas, abang,” jawab Hairi lalu menghirup kopi susu yang dipesannya kepada pelayan sebentar tadi.

“Girlfriend ke?” soalan yang sungguh selamba. Hampir tersembur minuman di dalam mulut Hairi. Aliya pula menundukkan kepalanya.

“Hahaha. M… mana ada, abang. Merepek je abang ni. Ini, Aliya.” Hairi menyembunyikan kegugupannya. Dia memandang Aliya yang masih tertunduk.

“Emmm. So, Aliya. dari tadi senyap je? Malu ke?” Syahril memandang Aliya. Aliya tidak berani bertentang mata. Dia menggelengkan kepalanya.

“Abang, Aliya tak boleh bercakap.” Hairi menyampuk. Aliya menghadiahkannya senyuman kerana menjadi penyelamat keadaan daripada dirinya terus diasak pelbagai soalan.

“I see. Sorry, Aliya. I tak bermaksud pun and tak tahu yang you bisu. Sorry again,” kata Syahril yang bersimpati dengan gadis manis di hadapannya itu. Namun dalam diam, dia mengaku bahawa gadis bisu di hadapannya itu sungguh cantik.

Melihat pandangan Syahril kepada Aliya, Hairi diserang rasa cemburu sekali lagi. Namun, dia menyembunyikan perasaan itu. Dan demi mengelakkan Syahril menyukai Aliya, Hairi segera meminta diri untuk pulang.

“Aliya, dah lama sangat ni. Nanti, nenek risau pula. Emm, abang. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,” kata Hairi, meminta diri. Aliya membongkokkan sedikit tubuhnya lalu tersenyum sebagai tanda selamat tinggal.

“Mereka tinggal serumah ke? Haha. Mustahillah. Ada peluang ni,” kata Syahril sendirian.

                                                .           .           .           .           .           

No comments:

Post a Comment