Stolen Heart (8)

Episod 8

PINTU bilik Hairi diketuk perlahan si nenek. Dengan malasnya, dia berjalan ke arah pintu lalu membukanya.

            “Ya. Kenapa nenek?” tanya Hairi sopan.

            “Jom makan. Ada ayam masak kicap. Kegemaran kamu tu! Jom jom,” ajak nenek penuh bersemangat.

            “Err… Nek. Saya tak ada seleralah nak makan. Nanti kalau saya lapar, saya makan okay. Nenek janganlah risau.” Hairi cuba menyedapkan hati si nenek. Neneknya memahami lalu beredar.

            Aliya menyediakan lauk pauk di atas meja. Nenek melabuhkan punggung di atas kerusi lalu menyenduk nasi ke dalam pinggan.

“Ambil dua je gelas. Hairi tak ada selera katanya,” kata nenek. Aliya tersentak mendengar kata- kata neneknya itu. Dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan neneknya. Mukanya berkerut ingin tahu akan sebab sikap Hairi.

“Nenek pun tak tahulah, Aliya. dia demam agaknya. Makanlah. Dia kata, kalau dia lapar, retilah cari makanan dekat dapur ni. Janganlah dirisaukan dia.” Agak lega hatinya mendengar kata- kata neneknya itu.

Walaupun lega mendengar kata- kata si nenek itu, jauh di lubuk hatinya ingin mengetahui punca perubahan sikap Hairi itu. Siang tadi, elok sahaja. Malam ini pula tiba- tiba anginnya tidak baik. Aliya bertekad untuk bertanya kepada Hairi nanti.

                                                .           .           .           .           .          

“IBU Hairi kata, dia balik Khamis ni,” kata Hairi memecah kesunyian. Nenek yang sedang sibuk mengerjakan hobinya iaitu menyanyam terhenti seketika.

Dia memandang jejaka tampan yang kebelakangan ini asyik muram. Aliya juga terkejut mendengar berita itu.

“Ibu kamu dah balik ya. Haha. Baguslah tu. Tapi, janganlah kamu lupakan nenek dengan Aliya. Ya, cu?” balas neneknya. Butir bicara neneknya membuatkan dirinya kian sebak. Berat hati rasanya ingin meninggalkan seorang wanita yang sangat baik dan seorang gadis yang sangat disayanginya.

Aliya tidak dapat menahan kesedihan. Dia terus melarikan diri. Enggan membiarkan Hairi melihat dirinya menangis.

“Aliya…”
“Biarkan dia, Hairi. Nanti, dia balik bila dia dah reda.” Hairi tidak mengendahkan kata- kata si nenek dan terus berlari mengejar Aliya.

Aliya menyeka air matanya. Dia tidak menyangka bahawa jejaka yang disukainya itu akan pergi meninggalkannya. Patutlah perangai Hairi berubah. Hatinya tersangat pilu ketika ini. Dengan tidak sengajanya, dia terlanggar seseorang yang baru keluar dari sebuah kedai. Aliya terjatuh.

“Sorry miss… Eh, Aliya kan? You buat apa dekat sini? And… why are you crying?” Syahril menghulurkan sapu tangannya kepada Aliya. Aliya menerima sapu tangan tersebut.

                                                .           .           .           .           .          
           
PELAYAN tersebut segera beredar setelah dipesan oleh Syahril. Dia merenung gadis di hadapannya yang masih tersedu- sedan menangis itu. Ingin sahaja dia memeluk Aliya agar si ayu itu tidak menangis lagi. Namun, dia sedar bahawa dia masih waras.
“Aliya, are you okay?” tanya Syahril sambil memandang tepat ke arah Aliya. Dia benar- benar ingin tahu apa yang telah terjadi. Aliya menganggukkan kepalanya sedangkan air mata masih deras mengalir di pipi putih itu.

“Kalau you okay, kenapa nangis? I’m very curious.” Syahril menyeluk poket kotnya lalu menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Aliya. Aliya termangu seketika.

“Take this and tulis dekat situ apa yang dah jadi. Okay?” kata pemuda itu penuh prihatin.

Aliya berbelah bahagi samada ingin memberitahu atau tidak. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menceritakan tentang perkara yang telah berlaku. Dengan cermat, jarinya menekan telefon bimbit ‘touch screen’ itu.

Syahril mengambil telefon bimbit yang dihulur oleh Aliya. Dia membaca penuh teliti. Matanya kembali memandang Aliya yang jelas sedang bersedih. Syahril menggenggam erat tangan gadis itu dengan spontan.

“Kalau jodoh, you dengan Hairi tak ke mana. Trust me,” katanya cuba menyuntik semangat ke dalam diri gadis itu. Aliya mengangguk tanda setuju. Dia berasa kurang selesa apabila tangannya digenggam begitu.

Matanya tidak silap pandang. Ya, betul! Tidak silap. Hatinya berkecamuk. Melihat gadis yang disukainya itu bersama lelaki lain. Berpegang tangan lagi! Masakan tidak sedih? Hairi tersenyum sendirian. Dia berjalan seperti orang yang sedang mabuk dek alkohol.

“Aliya dah ada Abang Syahril. She’ll forget about me later. Haha. I’m a broken heart boy,” kata Hairi perlahan. Dia bertekad untuk keluar dari rumah nenek dan Aliya segera. Dia enggan bertemu Aliya lagi. Hatinya berkecai seperti pasir pantai yang putih.

No comments:

Post a Comment